Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI BAKAL JEMAAH HAJI

​Berakas, Khamis, 08 Mei 2025- Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Doa Selamat bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan ibadah haji bagi tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, di sini. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk 'Ahlan Wa Sahlan Duyuf Ar-Rahman' yang bermaksud 'Selamat Datang Tetamu Ar-Rahman (Allah)' oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang. 

Seramai 27 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala agar seluruh bakal jemaah haji diberikan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang menjalankan ibadah haji. 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub;Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undangundang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastuktur, Perumahan dan Profesianal), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

IMG_2460.JPG IMG_2526.JPG



Attachments